Potret Anwar diedar percuma
POTRET rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh didapati secara percuma.
Orang ramai terutama pemilik organisasi, premis swasta mahu pun jabatan dan agensi kerajaan boleh mendapatkan potret Perdana Menteri Ke-10 itu secara percuma di Jabatan Penerangan Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital, Putrajaya.
Anwar dilantik dan mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu, menerajui Kerajaan Perpaduan.
Sebelum itu Parlimen tergantung beberapa hari selepas tiada parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Kerajaan Perpaduan dianggotai Pakatan Harapan, Barisan Nasional, GPS, GRS, Warisan dan beberapa parti kecil lain. -Malaysiapost