Tun M masih prihatin masa depan orang Melayu – MB Kedah

Tun M masih prihatin masa depan orang Melayu – MB Kedah

KEPRIHATINAN bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap masa depan orang melayu tidak pernah luntur.

Perkara itu diberitahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berkata, Dr Mahathir masih mengambil berat nasib orang Melayu selain mempunyai idea-idea yang masih segar. 

“Alhamdulillah… Allah beri kesempatan bertemu mata dan berbincang dengan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.

“Pemikiran beliau tetap tajam, ingatan beliau detail dan pandangan beliau tetap segar. Semoga Allah panjang usia Tun berdua dalam kebajikan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. 

Selain membincangkan perihal nasib orang Melayu, Muhammad Sanusi turut berkongsi pertemuannya dengan Dr Mahathir yang banyak membincangkan mengenai perkara berkaitan negeri Kedah. 

“Banyak hal dapat dibincangkan dengan Tun M, terutama tentang sejarah lampau, penjajahan, kelemahan dan kesilapan kita, masa depan orang melayu, tanah melayu, ekonomi, politik, sosial, padi-beras, Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Malaysia dan negara serantau. 

“Tidak ketinggalan projek-projek berimpak tinggi kerajaan dan swasta di Kedah – Kedah Aeroteopolis, SBEZ, Pelabuhan, Indipendent Power Plant, Widad Langkasuka dan banyak lagi,” katanya. -Malaysiapost

Komen