Hospital Medan Malaysia mula beroperasi di Turkiye

Hospital Medan Malaysia mula beroperasi di Turkiye

HOSPITAL Medan Malaysia (HMM) telah memulakan operasi di Turkiye, hari ini mengikut apa yang dirancang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Berita itu dikongsi menerusi Facebook MyJointForce yang memberitahu HHM tersebut telah pun menerima pesakit pertama yang merupakan penghidap asma.

“Penduduk kampung berdekatan di Celikhan yang terdiri daripada wakil wanita telah melawat HMM untuk melihat lebih dekat cara pengoperasian dan menerima taklimat oleh petugas HMM.

“Penubuhan HMM telah mendapat penghargaan daripada penduduk tempatan yang terjejas bencana gempa bumi,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, HMM milik ATM itu dijangka memulakan operasi di Adiyaman, Turkiye pada Rabu depan bagi memberikan khidmat perubatan kepada mangsa gempa bumi di sana.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom berkata, operasi Hospital Medan itu akan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi Tahap 1 dan 2 termasuk prosedur pembedahan. – Malaysiapost

Komen