Kejadian pesakit ditikam berlaku terlalu pantas

Kejadian pesakit ditikam berlaku terlalu pantas

PEGAWAI perubatan yang menyaksikan kejadian seorang lelaki ditikam oleh pesakit lain di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital petang semalam sudah membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata insiden jam 3 petang itu, berlaku terlalu pantas dan jururawat serta pegawai perubatan yang berada di jabatan berkenaan telah mengambil tindak pantas.

“Tindakan segera diambil dengan menahan lelaki yang menikam itu dan diserahkan kepada pihak polis dan dirawat sewajarnya.

“Mangsa tikaman segera diberikan rawatan kecemasan dan selanjutnya telah menjalani pembedahan dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pesakit yang ditikam itu kini dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil selepas pembedahan serta berada di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi di Hospital Selayang.

“Laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut dan kesasih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Malaysiapost

Komen