KJ terima tawaran TMJ, pegang dua jawatan sekali gus

KJ terima tawaran TMJ, pegang dua jawatan sekali gus

BEKAS menteri, Khairy Jamaluddin telah menerima tawaran Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menjadi Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Menjunjung kasih HRH Crown Prince of Johor,” tulis bekas Ketua Pemuda Umno itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau berkongsi hantaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan baginda telah bertemu Khairy dan bersetuju untuk melantiknya memegang kedua-dua jawatan.

Menurut TMJ, pengalaman luas Khairy dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberi nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor. – Malaysiapost

Komen