Labah-labah pun bomba tangkap
PELIK tetapi benar! Pasukan bomba dan penyelamat dari Bandar Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian hanya untuk menangkap seekor labah-labah.
Kebiasaannya, pasukan bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan berkaitan ancaman haiwan berbisa atau liar seperti ular atau biawak, namun panggilan kecemasan yang diterima kali ini memang mencuit hati.
Kisah menangkap labah-labah itu dikongsi pada hantaran Facebook Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memaklumkan, pasukan bomba tetap bergegas ke lokasi jika panggilan kecemasan diterima, tidak kira apa jua bentuk ancaman bahaya.
“Pasukan A Balai Bomba Bandar Tun Razak terima panggilan kecemasan ancaman “labah-labah”.
“Kami bukanlah pakar dalam semua bidang, tapi kami cuba berikan yang terbaik kepada masyarakat.
“Sebelum kehadiran pakar-pakar berkaitan, kami akan sampai dulu untuk tenteramkan keadaan bersama-sama pengadu.
“Jangan kata kami sapu semua kerja. Kita kena ingat, sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima, loceng berbunyi, mahu tidak mahu, tugas kami akan bermula.
“Mampu atau tidak, ia merupakan perkara kedua, yang penting keselamatan pengadu@masyarakat diutamakan dahulu.
“Ketika ada yang menolak sesuatu tugas, kami tetap terima biarpun skop tugasnya tiada. Banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga,” menurut hantaran itu.
Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji walaupun lucu dengan tindakan pasukan bomba dan penyelamat yang tetap komited dengan tugas.
“Eh baru beberapa hari lepas rumah saya masuh labah2 lg besar badan gemuk. Terus spray amik tong rage kecik cekup dan spray lagi. Terus kecut.
“Benda boleh hempuk je dengan penyapu kan.
“Bomba terbaik,” antara komen netizen. – Malaysiapost