‘Saya hanya mengarah filem, tak terlibat kerugian UiTM Holdings’
PENGARAH filem, Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen menafikan beliau terlibat dalam kerugian RM157 juta dialami UiTM Holdings.
A Razak berkata, beliau tiada kaitan berkenaan kerugian yang dimaksudkan kerana tidak terlibat dalam urusan pemasaran dan penjualan filem.
“Itu saya tak tahu, saya tak terbabit dalam urusan penjualan,” katanya ringkas dipetik Sumber Kini, hari ini.
Beliau ditanya berkenaan dakwaan laporan media baru-baru ini yang menyatakan projek penerbitan filem merupakan antara penyumbang terbesar kerugian UiTM Holdings.
Sebelum ini, media melaporkan Presiden Putra Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali, yang mendakwa penerbitan filem Chowrasta (2015) kononnya pecah panggung.
“Itu filem, keseluruhan pengurusan (atau) kewangan, semua saya tak terlibat. Saya hanya mengarahkan filem itu,” katanya.
Awal bulan ini, media melaporkan, Anak Syarikat Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu UiTM Holdings Sdn Bhd telah mengalami kerugian RM157 juta.
UiTM Holdings didakwa mengalami kerugian pada tahun 2012, 2017, 2018, 2019 dan 2021.
Kerugian tertinggi dilaporkan pada tahun 2017 yang mencecah angka RM66,138,931 dan penerbitan filem dikenal pasti menyumbang kerugian besar syarikat tersebut. – Malaysiapost