TPM ziarah rakan kematian ibu selepas sesi bahas Dewan Rakyat

TPM ziarah rakan kematian ibu selepas sesi bahas Dewan Rakyat

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan takziahnya kepada sahabat baiknya Beh Song Wan atas kematian ibunya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkesempatan menyampaikan rasa takziah itu sendiri kepada rakannya itu yang dipanggilnya Bujang serta memberi penghormatan terakhir.

“Selepas sesi perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini, saya terus ke Bagan Datuk melawat ibu kepada sahabat saya Beh Song Wan (Bujang) yang baru sahaja meninggal dunia.

“Mendiang Cheah Seoh Lian, yang saya anggap seperti ahli keluarga sendiri, baru sahaja saya bertemu sewaktu menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina saudara Bujang tempoh hari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap agar seluruh keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini. – Malaysiapost

Komen