Bekas bintang Argentina, Inter jadi tetamu istimewa JDT

Bekas bintang Argentina, Inter jadi tetamu istimewa JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) akan menerima kunjungan Naib Presiden Inter Milan yang juga bekas pemain antarabangsa Argentina, Javier Zanetti minggu hadapan.

Turut sama berkunjung adalah Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE, Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa, Setiausaha Agung Judo UAE, Naser Al Tamimi dan ejen bola sepak terkenal, Morris Pagniello.

Mereka akan menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari.

Menurut Facebook rasmi JDT, kesemua tetamu istimewa itu akan turut mengunjungi Pusat Latihan JDT dalam rangka lawatan mereka ke Johor Bahru.

“Selain mengunjungi Harimau Selatan, lawatan ini juga sebagai peluang untuk melakukan kerjasama antarabangsa dengan rakan-rakan kongsi ternama dari seluruh dunia,” kata kelab itu. – Malaysiapost

Komen