Mengejar habuan, lupa jasa parti jual kepercayaan rakyat

Mengejar habuan, lupa jasa parti jual kepercayaan rakyat

WAKIL rakyat tidak perlu menjadi pengkhianat hanya semata-mata mengejar kuasa dan habuan.

Ketua Wira parti Warisan Datuk Mohd Azis Jamman berkata, menjual kepercayaan rakyat untuk melompat ke parti lain memang tidak pernah terlintas di hatinya.

“Tidak perlu jadi pengkhianat sebab rezeki Allah SWT itu luas. Tidak perlu malu bermula dari bawah selagi ianya halal di sisi Allah SWT. Kalah dalam pertandingan perkara biasa.

“Ramai pemimpin hebat pernah kalah baik dalam pilihanraya. Jatuh hari ini, insyAllah esok bangkit semula. Yang penting biarlah kalah bermaruah dengan tidak khianat dan jual kepercayaan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu, Mohd Azis yang merupakan Ahli Parlimen Sepanggar turut membidas wakil rakyat Warisan yang lupa diri dan tidak mengenang budi kepada parti yang telah menaikkan nama mereka sebelum ini.

Tanpa menyebut sebarang nama, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu bagaikan melepaskan kemarahannya kepada pemimpin Warisan yang telah berpaling tadah meninggalkan parti itu demi kepentingan diri sendiri.

“Dia cakap mana bukti? we know what you did last summer la YB! Mau bukti konon… Inilah contoh orang munafik.

“Yang bercakap itulah salah satu yang sering kali jumpa sendiri dan pujuk salah seorang YB Warisan dan buat tawaran. Mula-mula tawar 1, lepas itu 2 dan akhirnya 3 la, katanya.

“Yang si pengkhianat pula siap cabar Presiden yang naikkan dia malah dahulu semasa minta untuk di calonkan siap pasang orang menangis depan pemimpin Warisan minta dia dicalonkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Azis berkata, terdapat bukti bekas pemimpin parti itu yang melompat ke parti lain kerana mengejar habuan yang ditawarkan.

“Begitu cepat seseorang menjadi bongkak dan sombong. Video rakaman anda adalah bukti jelas pengakuan anda sendiri di hubungi dan di tawarkan.

“Semasa perjumpaan dgn Presiden sendiri beliau mengakui dan memaklumkan akan di hubungi dan di tawarkan. YB…..rakyat di luar mungkin anda boleh bohongi, ingat anda itu beragama Islam siap berpakaian seumpama orang yang faham hukum agama.

“Allah SWT anda tidak boleh bohongi. Terus terang saja la…lompat sebab banyak hutang mau bayar macam yang selalu anda mengadu depan Presiden dahulu. Saya lebih respect anda jika anda berterus terang sebab aksi lompat dalam politik itu perkara biasa terutama di Sabah.

“Jangan hina parti yang punya jasa dengan anda malah jenteranya telah naikkan dan bantu anda. Betullah kata pepatah, ‘Never judge the book by its cover’.

“Rupa dan pemakaian seseorang belum tentu mencerminkan akhlak baik seseorang. We will see you again in tow years time, itupun kalau kau dicalonkan oleh Datuk Seri Hajiji,” katanya. -Malaysiapost

Komen