Tengku Zafrul kini Ahli MKT Umno
DATUK Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, malam ini.
Pelantikan itu diumumkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum mempengerusikan mesyuarat MKT di ibu pejabat Umno, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
“Mesyuarat MKT Umno pada malam ini dimulakan dengan YB Senator DSU Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sbg Ahli MKT yg dilantik oleh Presiden Umno,” dipetik hantaran Facebook BN Comms.
Terdahulu, kemunculan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu di Menara Dato’ Onn malam ini menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.
Menyedari beliau bukan lah seorang Ahli MKT Umno sebelum ini, para pengamal media yang hadir di situ mula membuat spekulasi sama ada Tengku Zafrul merancang menyerahkan borang pencalonan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan Umno tahun ini. -Malaysiapost
Foto kkredit BN Comms FB