Ustaz Wadi nafi promosi pelaburan di Facebook

Ustaz Wadi nafi promosi pelaburan di Facebook

PENDAKWAH terkenal, Mohamad Wadi Annuar menafikan mempunyai kaitan dengan pelaburan Syarikat Meyer Leanna seperti mana yang diiklankan di Facebook.

Mohamad Wadi berkata, iklan pelaburan tersebut menggunakan gambar pendakwah itu tanpa kebenaran pihaknya.

“Pihak Ustaz Wadi Annuar menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan pelaburan seperti iklan yang dipaparkan.

“Iklan tersebut menggunakan gambar Ustaz Wadi Annuar tanpa kebenaran,” menurut kenyataan berkenaan.

Justeru, Mohamad Wadi menasihati orang awam agar tidak mempercayai maklumat tersebut.

Difahamkan, syarikat itu yang menggunakan ‘tagline’ pelaburan patuh syariah menggunakan gambar Mohamad Wadi bagi menarik pelabur khususnya umat Islam. – Malaysiapost

Komen