Muhyiddin sudah dipanggil SPRM

Muhyiddin sudah dipanggil SPRM

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berkaitan isu membabitkan wang RM300 juta yang didakwa diterima Bersatu.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memberi keterangannya kepada agensi pencegahan rasuah itu di Putrajaya, semalam, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun tiada maklumat lain yang diperincikan.

SPRM kelmarin memaklumkan akan memanggil Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berhubung siasatan ke atas kewangan parti itu.

Bersatu sebelum ini didakwa menerima hingga RM300 juta daripada kontraktor sebagai dana politik ketika pentadbiran Muhyiddin.

Difahamkan lebih 15 individu termasuk pemimpin Bersatu dan pihak kontraktor sudah dipanggil SPRM untuk dirakamkan kenyataan.

Awal bulan ini, SPRM mengesahkan sudah membekukan akaun Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang disyaki hasil haram. – Malaysiapost

Komen