Netizen dedah wajah ‘penyondol’ Hafiz Roshdi
MASIH belum reda, krisis rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi kembali menjadi bualan netizen susulan isu curang yang didedahkan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Selepas Nurul Shuhada mendakwa kehadiran ‘orang ketiga’ dalam rumahtangga mereka, kini tular pula gambar seorang wanita bertudung yang didakwa si ‘penyondol’ berkenaan.
Menerusi hantaran Instagram Jabatan Netizen Negara, memuat naik tangkap layar yang didakwa memaparkan perbualan Hafidz bersama wanita berkenaan.
Malah pada tangkap layar akaun WhatsApp itu tertera nama ‘Hafidz’ beserta gambar profil aktor terbabit.
Berdasarkan paparan itu juga, Hafidz didakwa menggunakan panggilan ‘sayang’ selain memuji kecantikan wanita berhijab itu selain meluahkan rasa rindu.
Wanita terbabit juga turut menghantar gambar swafoto kepada pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi sejurus keluar dari surau.
Bagaimanapun akaun Intagram milik wanita itu dilaporkan telah dinyahaktif selepas kisah kecurangan aktor tersebut tular di media sosial.
Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu Hafidz di Instagram, aktor berkenaan memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang bertinggung sambil tangannya menunjukkan ke arah ruang komen dan tersenyum sinis.
“Tengah komen dekat bawah ke tu, tulisnya pada bahagian kapsyen gambar tersebut,” katanya. – Malaysiapost