Anwar lulus bina 5 masjid di Negeri Sembilan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan RM31.8 juta bagi pembinaan lima masjid di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Menurut Aminuddin, kelulusan peruntukan itu diberikan oleh bekas Ahli Parlimen Port Dickson itu pada pertemuan pertama mereka selepas Anwar menjadi Perdana Menteri.
“Dalam pertemuan pertama saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lalu, saya telah memohon peruntukan bagi pembinaan lima masjid di seluruh negeri.
“Beliau telah bersetuju meluluskan peruntukan berjumlah RM31.8 juta bagi pembinaan masjid-masjid tersebut,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.
Menurutnya, masjid berkenaan adalah Masjid Terapung Port Dickson, Masjid Ulu Beranang, Masjid Kariah Talang Tengah, Masjid Tunku Munawir Seri Menanti dan Masjid Bongek. – Malaysiapost