Rakyat, Malaysia Madani fokus utama Bajet 2023
PENGANALISIS akan berterusan membuat ramalan mengenai pembentangan Bajet 2023 Kerajaan Perpaduan yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan apa pun fokus belanjawan kali ini ia akan diketahui pada jam 4 petang 24 Februari ini, namun rakyat dan Malaysia Madani adalah antara dua perkara yang menjadi keutamaan.
“Apa fokus Bajet 2023 boleh diketahui bila Perdana Menteri bentang pada 4 petang Jumaat 24 Feb nanti. Namun penganalisa akan terus membuat ramalan.
“Rakyat dan Malaysia Madani antara dua perkara sangat penting kepada Kerajaan Perpaduan.
“Moga Allah terus beri kita pedoman untuk laksana dasar-dasar terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan Bajet 2023 akan mengandungi banyak berita baik untuk rakyat, beliau berkata antara tumpuannya adalah bidang digital, sekuriti makanan, industri kecil dan sederhana (IKS). – Malaysiapost