Sarjan direman tujuh hari disyaki rasuah
SEORANG anggota polis berpangkat sarjan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah.
Perintah reman ke atas suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman, hari ini.
Anggota polis itu didakwa meminta suapan RM7,000 daripada pengadu bagi membebaskan rakannya yang ditahan kerana memiliki air ketum.
Sarjan yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ditahan jam 11.45 malam tadi ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang untuk dirakam keterangan.
Suspek ditahan reman sehingga 24 Februari ini.
Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – Malaysiapost