PM terharu keprihatinan rakyat Malaysia terhadap mangsa gempa bumi Syria, Turkiye

PM terharu keprihatinan rakyat Malaysia terhadap mangsa gempa bumi Syria, Turkiye

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa terkesan dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Menurutnya, keprihatinan masyarakat Malaysia itu membolehkan sebanyak 42 tan barangan bantuan misi kemanusiaan dihantar ke Syria malam tadi. .

Beliau turut mendoakan segala misi kemanusiaan oleh pasukan sukarelawan negara di kedua-dua negara dilanda bencana itu akan berjalan lancar.

“Malam semalam sebanyak 42 tan barangan bantuan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam telah dihantar ke Damsyik menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia kepada mangsa tragedi gempa bumi di Syria berlepas dengan pesawat pengangkut A400M milik TUDM, malam tadi.

“Saya mendoakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia ini dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Misi bantuan kemanusiaan pertama Malaysia kepada mangsa tragedi gempa bumi di Syria berlepas dengan pesawat pengangkut A400M milik TUDM, malam tadi.

Penerbangan khas melibatkan 51 kru dan wakil kementerian serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) itu berlepas pada jam 10 malam tadi dari Pangkalan Udara TUDM Subang.

Sebanyak 42 tan barangan bantuan kemanusiaan untuk Syria sumbangan rakyat Malaysia yang dikumpul sejak 15 Februari lepas, dibawa bersama pesawat berkenaan. – Malaysiapost

Komen