Idris nafi terlibat anjur skim pelaburan patuh syariah
NAIB Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menafikan terlibat dalam skim pelaburan patuh syariah seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Ahli Parlimen Bagan Serai itu menzahirkan rasa kesal namanya dikaitkan skim pelaburan yang berniat memperdayakan orang ramai.

“Ada juga manusia hidup hendak tipu orang sahaja. Hendak meniaga jangan peralatkan orang untuk hendak laku perniagaan mereka.
“Saya tidak bertanggungjawab atas perniagaan ini. Terkejut ada kawan hantar dekat saya,” kata bekas Menteri Agama itu dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, tular di Facebook yang dikenali sebagai Janis Mark mempromosikan skim pelaburan berkenaan menggunakan nama dan gambar Idris dalam sebuah poster.
Skim itu menawarkan pulangan lumayan dividen dalam masa tiga jam kepada setiap pencarum dan didakwa mematuhi syariah. – Malaysiapost