Rajin ‘Tuan Haji’ datang pages Shima, nak cuci mata ke?
PENYANYI Baby Shima menyindir seorang pemimpin Pas yang dikatakan masih tidak berpuas hati dengan penampilannya menutup aurat dalam satu program di Kuantan, baru-baru ini.
Malah Shima membidas pemimpin muda dari Kelantan itu sebagai penunggang agama kerana seolah-olah sengaja mencari kesalahan dirinya untuk mendapat perhatian dan ‘glamour’.
“Tuan haji mengata parti sendiri ke tu. Rajin tuan haji datang pages Shima ni.. Nak cuci mata ke? Video gelek banyak kat sini. Tapi hari ni tak ada lagi..
“Kat Malaysia ni rasanya ramai yang tau siapa yang jual agama dan tunggang agama.. Hebat fitnah tuan haji.. Tau je Shima jual agama ya.. pelik juga menghormati majlis pun dibilang jual agama?

“Tak pernah pula tau tunggang agama untuk dangdut. Mesti tuan haji kaki dangdut. Semalam rasanya tak de nyanyi dangdut. Mesti rindu nak tengok Shima gelek kemarin ya. Cari lah isu politik lain. Nampak sangat pergunakan Shima untuk glamour ya,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, individu berkenaan dilihat cuba ‘menyekolahkan’ Shima dalam satu hantaran lain di Facebook penyanyi genit itu.
Individu itu mengecam Shima dengan mempersoalkannya yang hanya berpenampilan menutup aurat mengikut tema program semata-mata.
“Shima jual agama ke? Ikut kesesuaian majlis, kalau majlis agama haruslah ea pakai tudung, (tak wajib?). Kalau majlis joget dangdut wajib pakai seksilah ea? (etika syarie),” tulisnya.
Shima mempersoalkan kenapa dia dikecam walaupun telah memenuhi syarat majlis supaya berpakaian menutup aurat.
“Kalau dah majlis macam ni pun dibilang jual agama baik buat majlis gelek. Nak hormat majlis agama pun jadi masalah.
“Kalau tahu pakai sopan pun salah, kelmarin baik bergelek saja..baru tak jual agama,” sindirnya. -Malaysiapost