Selepas makanan, kini ada pula Buku RAHMAH – Salahuddin

Selepas makanan, kini ada pula Buku RAHMAH – Salahuddin

BUKAN setakat makanan, inisiatif RAHMAH diperkenalkan kerajaan kini semakin berkembang apabila menawarkan Buku RAHMAH pula yang dijual pada harga RM5.

Perkara itu dikongsi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

“Kalau sebelum ini kita ada Menu RAHMAH untuk jasmani, kali ini ada RAHMAH untuk rohani.

“Terima kasih Kedai Buku SARJANA kerana melaksanakan inisiatif Jualan RAHMAH dengan menawarkan Buku RAHMAH yang berharga RM5!,” katanya.

Menurut Salahuddin, di premis tersebut terdapat pelbagai buku berbentuk kerohanian dan keagamaan.

“Bagi mereka yang menggemari buku berbentuk kerohanian, bolehlah mengunjungi Kedai Buku SARJANA di AEON BiG Wangsa Maju, dan dapatkan buku terpilih dengan harga bermula RM5 senaskah,” katanya. – Malaysiapost

Komen