Tiada bantuan bulanan e-tunai RM300 – MOF

Tiada bantuan bulanan e-tunai RM300 – MOF

KEMENTERIAN Kewangan Malaysia (MOF) menafikan kesahihan berhubung bantuan e-tunai RM300 setiap bulan seperti yang sedang tular di aplikasi TikTok ketika ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), memaklumkan pihak MOF menegaskan bantuan sedemikian adalah tidak wujud.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak benar dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Sebaliknya orang ramai perlu merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” menurut kenyataan itu.

Hantaran di TikTok yang tular itu adalah mengenai bantuan e-tunai RM300 setiap bulan melalui telefon.

Pendaftaran untuk ‘bantuan’ berkenaan boleh dibuat dengan telefon sahaja melalui pautan yang disertakan iaitu www.semakanbantuan.com. – Malaysiapost

Komen