Ular tedung masuk rumah PM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cemas seketika apabila rumahnya di Bandar Sungai Long, dimasuki seekor ular tedung hitam, malam ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Langat berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 7.33 malam sebelum empat anggota telah digerakkan ke kediaman Perdana Menteri.
“Setibanya di lokasi, terdapat seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri.
“Anggota APM berjaya menangkap ular tedung hitam tersebut menggunakan peralatan khas,” kata agensi itu menerusi kenyataan di Fecebook.
Selepas operasi selesai, Anwar dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempat beramah mesra dengan anggota APM. – Malaysiapost