‘Bagaimana nak teruskan hidup kalau tak mampu bayar hutang’

‘Bagaimana nak teruskan hidup kalau tak mampu bayar hutang’

SEMUA pihak sedar Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) adalah simpanan hari tua, tetapi bagaimana untuk meneruskan kehidupan hari ini jika tidak mampu bayar hutang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri tersebut meminta kerajaan mempertimbang permohonan golongan yang memerlukan untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

“Kajian terperinci juga perlu dilaksanakan agar mereka yang layak sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan syarat-syarat ditetapkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, sebelum ini kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion.

Katanya, ia melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana.

“Saya percaya pengeluaran ini hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion (RM961.1 billion),” katanya. – Malaysiapost

Komen