Cuma seorang calon tawar diri jawatan Ketua Wanita, Pemuda Umno setakat semalam

Cuma seorang calon tawar diri jawatan Ketua Wanita, Pemuda Umno setakat semalam

SERAMAI 111 calon telah mendaftar untuk bertanding jawatan peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Wanita, Pemuda dan Puteri Umno setakat petang semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU), Tan Sri Shahrir Samad, bagi sayap parti, masing-masing seorang calon telah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.

“Bagi jawatan Ketua Puteri Umno, enam calon menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan itu.

“Seorang calon mendaftar bagi jawatan Naib Ketua Wanita Umno, dua calon Naib Ketua Pemuda dan tiga calon bagi Puteri.

“Exco 22 calon (Wanita), 25 (Pemuda) dan 15 (Puteri) orang yang sudah mendaftar,” katanya memetik laporan portal Umno Online semalam.

Difahamkan, calon tunggal bagi jawatan Ketua Wanita setakat ini ialah Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil manakala bagi jawatan Ketua Pemuda ialah Dr Muhamad Akmal Saleh.

Sementara itu Shahrir berkata pihaknya menjangka lebih ramai calon akan mendaftar, termasuk bagi bagi jawatan Naib Presiden Umno sepanjang minggu terakhir ini. – Malaysiapost

Komen