Lari ditangkap Imigresen, warga New Zealand nyaris maut terjatuh dari tingkat 14 

Lari ditangkap Imigresen, warga New Zealand nyaris maut terjatuh dari tingkat 14 

GARA-GARA melarikan diri dari ditangkap Imigresen, seorang lelaki warga New Zealand nyaris maut selepas terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11, di Blok A, Phileo Damansara, petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 petang.

Menurutnya, sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi 16 minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 36 tahun berada di atas bumbung di tingkat 11.

“Mangsa mengalami kecederaan di tangan dan tulang pinggul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafisyam berkata, mangsa telah diturunkan oleh pihak bomba dengan menggunakan pengusung dan diberikan rawatan awal oleh pasukan bulan sabit merah. – Malaysiapost

Komen