Penyanyi era 80-an Ibnor Riza stabil, sudah dipindahkan ke wad biasa

Penyanyi era 80-an Ibnor Riza stabil, sudah dipindahkan ke wad biasa

PENYANYI popular era 1980-an, Ibnor Riza yang ditidurkan semalam, dilaporkan kembali stabil dan sudah dipindahkan ke ke wad biasa hari ini.

Perkembangan tersebut dikongsi isteri penyanyi itu yang memaklumkan Ibnor sudah sudah sedar dan boleh bercakap.

“Alhamdulillah, abang sudah dipindahkan ke wad biasa. Keadaan dia juga semakin stabil. Dia sudah boleh makan menerusi saluran tiub. Setakat ini, dia dibenarkan minum susu sahaja,” katanya.

Semalam, media melaporkan penyanyi era 80-an yang terkenal dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan selepas pengsan di kediamannya.

Penyanyi berusia 62 tahun itu terpaksa ditidurkan bagi membolehkan doktor mencari puncanya pengsan, selain mengesan masalah penyakit lain.

Beberapa bulan lalu, Ibnor menerima rawatan berkaitan dengan masalah saraf yang membengkak pada bahagian leher yang dihidapinya.

Dia juga dilaporkan mengidap pelbagai komplikasi penyakit seperti leher membengkak, darah tinggi, kencing manis, hilang suara, migrain dan tahap kolesterol kritikal serta pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selama dua minggu akibat sesak nafas dan pitam. – Malaysiapost

Komen