Wan Saiful tiba ke mahkamah, pemimpin Bersatu turut hadir beri sokongan

Wan Saiful tiba ke mahkamah, pemimpin Bersatu turut hadir beri sokongan

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan tiba ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau tiba sekitar jam 8.45 pagi turut diiringi individu dipercayai peguamnya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu hadir ke Mahkamah Seksyen Jenayah di Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Projek Inisiatif Jana Wibawa.

Bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpakaian sut lengkap hitam sempat melemparkan senyuman kepada media dan sebilangan penyokongnya.

Turut hadir ialah Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Radzi Jidin.

Wan Saiful dilaporkan ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan berhubung kes projek Jana Wibawa., malam tadi.

Difahamkan, turut ditahan dan akan didakwa pagi ini ialah ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad. – Malaysiapost

Komen