18 Mac ‘take off’ untuk Umno laksana pemulihan maksimum

18 Mac ‘take off’ untuk Umno laksana pemulihan maksimum

TARIKH 18 Mac adalah “take off” untuk Umno melakukan “pemulihan maksimum” iaitu setelah selesai proses pemilihan parti, kata Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata Umno sudah melalui banyak pengalaman pertandingan termasuk melibatkan proksi dan ia bukan sesuatu yang menghairankan.

Bagaimanapun tegasnya, apa yang penting jangan ada lagi tikam menikam dan langkah langkah sumbang dalam kalangan mereka yang bertanding.

“Patuhi keputusan parti. Istiqomah bersama Presiden parti memasuki medan perang di enam negeri. Kita Sahabat Perjuangan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Umno akan mengadakan pemilihan bagi pelbagai jawatan pada 18 Mac ini.

Bagaimanapun dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan selaras keputusan Perhimpunan Agung Umno lalu. – Malaysiapost

Komen