Gempa bumi kuat melanda Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang

Gempa bumi kuat melanda Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang

TIADA ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 melanda Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang pada 8.37 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa dengan kedalaman 49 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 363 km timur laut dari Taloqan, Afghanistan.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook. – Malaysiapost

Komen