Jalaluddin tawar diri pertahan jawatan MKT Umno

Jalaluddin tawar diri pertahan jawatan MKT Umno

KETUA Umno Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias menawarkan diri untuk mempertahan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Jelebu itu memaklumkan telah menyerahkan borang pemilihan ke ibu pejabat Umno semalam.

“Dengan ini, saya ingin menawarkan diri sebagai ahli MKT Umno bagi sesi 2023-2026.

“Marilah sama-sama kita menyusun semula kekuatan dan kesepaduan parti untuk sebuah perjuangan yang cukup bermakna dan bernilai ini.

“Saya amat berharap agar mendapat keizinan serta mandat sekali lagi untuk saya meneruskan sumbangan selaku ahli MKT Umno,” katanya menerusi kenyataan.-Malaysiapost

Komen