Raysha Rizrose sah bergelar isteri kepada pelumba kereta

Raysha Rizrose sah bergelar isteri kepada pelumba kereta

PELAKON Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad bersaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Fairudz Saderi.

Pada majlis dihadiri kira-kira 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Menggayakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias Syed Faizal Syed Noh, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, bersyukur segala perancangan diatur berjalan lancar.

Adik pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose itu memaklumkan, dia dan suaminya berkenalan sejak 10 tahun lalu.

“Kami kenal dari 2013 menerusi Twitter dan ketika itu, saya masih menuntut di sekolah menengah.

“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tetapi, kami banyak bertolak ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya malam tadi.

Pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu memberitahu, dia dilamar Nabil pada 16 Ogos tahun lalu, seterusnya bertunang pada 22 Disember.

Raysha dan Nabil melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember lalu, namun hanya berkongsi cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.

Pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi pada 26 Februari ini, di lokasi sama dengan pernikahan mereka. – Malaysiapost

Komen