Covid-19: 224 kes baharu semalam
SEBANYAK 223 kes baharu Covid-19 dilapor semalam dengan satu daripadanya kes import, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kini 5,003,142.
Berdasarkan data di portal KKMNow, tiada kematian dilaporkan akibat wabak itu semalam.
Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,957.
Kes sembuh dicatatkan pula adalah 278 kes, menjadikan keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kini 4,995,584 kes.
Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini sebanyak 9,270 dengan 8,952 atau 96.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 309 pesakit dirawat di hospital dengan sembilan daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost