Gempa bumi kuat melanda Utara Halmahera, Indonesia

Gempa bumi kuat melanda Utara Halmahera, Indonesia

TIADA ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 melanda Utara Halmahera, Indonesia pada jam 4.02 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa dengan kedalaman 112 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 192 km Tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook. – Malaysiapost

Komen