Kamil dilantik Pengerusi FINAS yang baharu

Kamil dilantik Pengerusi FINAS yang baharu

DATUK Kamil Othman dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu.

Lantikan Kamil diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menerusi hantaran Facebook, hari ini.

“Tahniah buat Datuk Kamil Othman atas lantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu.

“Datuk Kamil Othman tidak asing dalam industri, pernah menjawat tugas CEO FINAS,” katanya.

Fahmi berkata, satu pertemuan akan diaturkan bersama Pengerusi FINAS yang baharu pada minggu hadapan termasuk halatuju badan itu.

Katanya, selain itu beliau akan meneliti dapatan dan teguran laporan Ketua Audit Negara untuk penambahbaikan dan pembetulan.

“InshaAllah Pengerusi Skim Wajib Tayang FINAS akan dilantik secepat mungkin,” katanya. – Malaysiapost

Komen