Penjawat awam, pesara terima Bantuan Khas Aidilfitri

Penjawat awam, pesara terima Bantuan Khas Aidilfitri

MENJELANG Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita baik buat penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, manakala pesara kerajaan akan menerima RM350.

Menurutnya, bantuan khas itu adalah bagi menghargai jasa serta pengorbanan penjawat awam dan disalurkan pada bulan April 2023.

“Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang Kerajaan setia menggalas amanah negara.

“Ke arah Malaysia Madani, penjawat awam perlu segera bawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya. – Malaysiapost

Komen