PM bentang Belanjawan RM386.14 bilion, meningkat RM97 bilion
BELANJAWAN 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion runtuk belanja mengurus, manakala RM99 bilion bagi belanja pembangunan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.
Ia sekali gus menyaksikan peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022.
“Selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion ketimbang RM71.6 bilion tahun lalu.
“Peningkatan ini adalah untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.
“Dengan pembaharuan tatacara perolehan kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini. – Malaysiapost