PN akan teliti Belanjawan 2023 – Radzi Jidin

PN akan teliti Belanjawan 2023 – Radzi Jidin

PERIKATAN Nasional (PN) akan meneliti pembentangan Belanjawan 203 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini dan akan memberi pandangan serta maklum balas.

Datuk Dr Radzi Jidin yang memegang portfolio Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bagi Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen PN, berkata pihak pembangkang juga akan menyokong mana-mana belanjawan yang baik untuk rakyat.

“PN akan meneliti pembentangan petang ini. Mana yang baik dan wajar untuk kesejahteraan rakyat Malaysia, kami akan sokong. Yang sebalik, kami akan berikan pandangan dan maklum balas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semua Ahli Parlimen PN termasuk Radzi hadir di Dewan Rakyat, hari ini bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2023 oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan dengan berpakaian baju Melayu berwarna putih. – Malaysiapost

Komen