Dua pemain naturalisasi sedia sarung jersi Harimau Malaya

Dua pemain naturalisasi sedia sarung jersi Harimau Malaya

BERITA baik buat skuad Harimau Malaya apabila dua lagi tonggak import Liga Malaysia (Liga M) mendapat status naturalisasi, hari ini. 

Berita itu pastinya memberi pelbagai pilihan kepada pengendali skuad kebangsaan Kim Pan Gon dalam merangka strategi dan corak permainan Malaysia menghadapi kempen Piala Asia di Qatar, tahun hadapan. 

Kapten Kuala Lumpur City (KL City), Paulo Josue dan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick dos Santos disahkan oleh kelab masing-masing kini berstatus pemain naturalisasi. 

Malaysia sebelum ini sudah mendapatkan khidmat Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Lee Tuck dan Sergio Aguero.

“Ya (Josue sudah bergelar naturalisasi). Sudah tujuh musim dia berada di Malaysia dan dia boleh meminta kerakyatan selepas lima tahun.

“Walaupun sudah berusia 33 tahun tetapi dia sangat profesional. Dengan pengetahuan dimiliki, saya percaya dia membantu skuad kebangsaan untuk beberapa tahun lagi,” kata pengendali KL City, Bojak Hodak mengenai tonggak dari Brazil itu.

Dos Santos, 27, yang juga kelahiran Brazil pula dilihat berada dalam senarai simpanan bersama Leandro Velazquez pada perlawanan Sumbangsih menentang Terengganu FC malam tadi.

Mengikut peraturan Liga M, hanya enam pemain import dibenarkan untuk disenaraikan dengan lima di atas padang, manakala seorang lagi di bangku simpanan. – Malaysiapost

Komen