Kelantan FC haram penyokong bawa lato-lato masuk stadium
KELANTAN FC menjadi kelab bola sepak pertama di negara ini yang mengharamkan permainan lato-lato dibawa masuk ke dalam stadium.
Pemilik kelab berkenaan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, para penyokong dilarang membawa permainan yang menghasilkan bunyi bising itu ketika menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi pada petang ini.
“Lato-lato diharamkan masuk ke stadium untuk perlawanan petang ini,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook.
Aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2023 yang bermula hari ini menampilkan pasukan Kelantan FC bakal menentang pasukan Kuching City FC.
Perlawana bermula pukul 5:30 petang, bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati pengharaman lato-lato itu disambut baik peminat sukan bola sepak, malah ada yang menyifatkan bunyi permainan itu menganggu tumpuan penonton.
“Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak patut haramkan main lato-lato ni sebab bunyinya ‘annoying’ (menjengkelkan) gila. ‘Menyirap’ dengar.
“Harap semua stadium boleh haramkan lato-lato. Betul-betul pencemaran bunyi,” kata netizen. – Malaysiapost