Nabila, Engku Emran bakal bercerai?

Nabila, Engku Emran bakal bercerai?

STATUS rumah tangga kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin kembali menjadi bualan apabila hubungan mereka didakwa retak menanti belah.

Terbaru, terdapat dakwaan kononnya mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses penceraian.

“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” lapor Harian Metro yang memetik sumber rapat pasangan itu.

Menguatkan lagi spekulasi apabila kelibat Engku Emran tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar Nabila dan anak lelakinya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah Khamis lalu.

Sebelum ini status rumah tangga pasangan itu menjadi tanda tanya apabila Nabila memadamkan semua gambar bersama suami termasuk foto perkahwinan di Instagram, tahun lalu.

Bagaimanapun, Nabila menjelaskan tindakan itu berpunca akibat salah faham mereka .

Untuk rekod, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021.

Engku Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada Oktober 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Alesya, namun pasangan itu bercerai pada 18 Februari 2014.

Ahli perniagaan itu kemudian bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun bercerai tiga tahun kemudian.

Sementara itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai 9 Julai 2020.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden. – Malaysiapost

Komen