Razlan tanding MKT Umno

Razlan tanding MKT Umno

DATUK Mohd Razlan Rafii mengesahkan bertanding jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan parti kali ini.

Justeru, beliau dengan rendah hati mengharapkan sokongan semua ahli Umno untuk terus mengundinya sebagai Ahli MKT Umno bagi penggal 2023-2026.

“Bersama kita satukan hati-hati kita untuk susunan kemenangan parti pada waktu hadapan. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Razlan turut mendoakan agar Umno terus kekal sebagai parti yang releven mendepani masa mendatang.

Setakat ini, lebih 74 pencalonan diterima bagi jawatan Ahli MKT Umno pada pemilihan parti itu yang berlangsung bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2023, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilapor berkata, daripada jumlah itu seramai 55 daripadanya adalah calon muka baharu.

Sebanyak 25 jawatan Ahli MKT perlu diisi bagi pemilihan Umno kali ini. – Malaysiapost

Komen