Fuad Rahman,Tom disatukan di Batam

Fuad Rahman,Tom disatukan di Batam

PULAU Batam Indonesia menjadi pilihan bagi penyanyi sensasi Singapura, Fuad Rahman melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya yang juga penyanyi, Tom, hari ini.

Pengurus Tom iaitu Alan Ahmad berkata, pasangan itu memilih bernikah di negara jiran bagi memudahkan segala urusan perkahwinan dan hanya dihadiri keluarga rapat.

“Mereka dijangka akan mendaftarkan perkahwinan dalam negara selepas pulang dari Batam nanti. Majlis resepsi mereka akan dibuat selepas Aidilfitri nanti,” katanya seperti dilapor Harian Metro

Terdahulu, hubungan akrab Fuad, 43 dan Tom, 26 bukan rahsia dan menjadi bualan ramai sejak mereka sama-sama menyertai program GV9.

Sebelum ini, Fuad dikatakan pernah berkahwin dua kali, manakala Tom pula tiga kali dan masing-masing memiliki anak yang sudah mencecah usia belasan tahun. – Malaysiapost

Kredit foto: Kosmo

Komen