Gempa bumi kuat landa Papua New Guinea
TIADA ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Rantau New Britain, Papua New Guinea pada jam 5.24 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 192 km Barat Daya dari Kimbe, kepulauan itu.
Bagaimanapun, MetMalaysia memaklumkan gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook. – Malaysiapost