Hidayah berang ada pihak cuba godam Facebook, IG

Hidayah berang ada pihak cuba godam Facebook, IG

SITI Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah menyuarakan rasa kesal selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba menggodam Facebook dan TiktTok miliknya bagi tujuan yang salah.

Balu kepada pelawak arwah Abam Bocey itu berkata sebelum ini ada percubaan untuk menggodam Instagram (IG) milik Hidayah dan suami.

“Hari ini ada dua orang cuba godam Dayah punya TikTok dan Facebook. Sebenarnya benda ini dah lama tapi hari ini Dayah betul-betul marah sebab Dayah tak kacau orang, tak kacau bisnes orang.

“Dulu pun macam tu juga cuba ambil IG Abam Bocik, dan IG Hidayah Hamzah,” katanya dalam video di Instagram semalam.

Norhidayah turut memberi amaran bahawa dia mengetahui maklumat siapakah pelaku yang cuba menggodam media sosial miliknya.

Dia turut menasihati pelaku itu supaya berhenti melakukan perbuatan menggodam media sosial milik orang lain, dan cari pekerjaan yang halal.

“Ingat Dayah tak tahu siapa yang cuba ambil. Dayah tahu nama, bila waktu dibuat, dan di mana dia buat perkara itu. Kalau tiada duit cari duit yang halal.

“Jangan nak ambil TikTok, Facebook, IG untuk korang jual bagi dapatkan duit. Nasihat daripada Dayah jangan cuba ambil hak orang,” katanya lagi.

Selepas kematian Abam, Hidayah membuka perniagaan menjual sabun dan produk kecantikan dan sering mempromosikan jualannya menerusi siaran langsung (live) di IG dan TikTok. – Malaysiapost

Komen