Ismail Sabri sah tidak pertahankan jawatan Naib Presiden Umno

Ismail Sabri sah tidak pertahankan jawatan Naib Presiden Umno

TEMPOH mengemukakan borang pencalonan bertanding pemilihan Umno pada 7 Mac ini berakhir pukul 5 petang tadi, yang menyaksikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.

Perkara itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu yang mengakui masih belum menghantar borang pencalonannya.

“Betul (tidak pertahan). Tutup pencalonan jam 5 (petang ini)…saya masih belum hantar,” katanya dipetik BH, hari ini.

Setakat ini difahamkan tujuh pemimpin Umno telah mengemukakan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden yang diperuntukkan parti itu. – Malaysiapost

Komen