Kanak-kanak maut jatuh hotel

Kanak-kanak maut jatuh hotel

SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima melalui talian MERS 999 pada jam 6.44 pagi.

“Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu seramai tujuh orang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) EMRS dan jentera ALP (Arial Ladder Platform).

“Menurut Komander Operasi, Sulastri Hassan, kejadian tersebut melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan telah terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat empat bangunan hotel tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi berkenaan ditamatkan pada jam 7.53 pagi. – Malaysiapost

Komen