Kerajaan tanggung defisit fiskal jika gaji penjawat awam ditambah baik – PM

Kerajaan tanggung defisit fiskal jika gaji penjawat awam ditambah baik – PM

KERAJAAN berkemungkinan akan menanggung defisit fiskal sehingga 6.5 peratus jika kadar gaji penjawat awam dikaji atau ditambah baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau secara prinsipnya bersetuju jika gaji penjawat awam ditambah baik, namun ia tidak sesuai dilakukan ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung hutang RM1.5 trilion, malah defisit fiskal negara pula pada kedudukan 5.6 peratus, lapor Kosmo Online.

“Jika ia (gaji penjawat awam ditambah baik) dilakukan maka, tiada orang akan datang melabur dalam negara kita dan mereka tidak yakin bahawa kita ada tekad politik untuk menguruskan negara dengan baik.

“Sabarlah sekejap. Daripada hasil yang banyak itu, saya sudah curahkan kepada semua peringkat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani hari ini.

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu faham bahawa amat penting untuk kerajaan menyelamatkan miskin tegar yang hidupnya lebih teruk daripada semua pekerja-pekerja yang ada. – Malaysiapost

Komen