Terima kasih Ismail Sabri, kata Setiausaha Agung Umno

Terima kasih Ismail Sabri, kata Setiausaha Agung Umno

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas sumbangannya terhadap parti dan khidmatnya sebagai Naib Presiden.

Ismail Sabri satu-satunya Naib Presiden Umno yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti kali ini.

“Itu pilihan beliau… membuat satu keputusan yang besar bagi dirinya (tidak pertahan jawatan). Saya ucap terima kasih atas segala khidmat beliau sebelum ini.

“Saya kira beliau tidak mahu lagi bertanding, mungkin beliau telah sampai ke puncak dalam karier politiknya sebagai Perdana Menteri.

“Beliau kini bersama dengan bekas Perdana Menteri yang ada lagi beberapa orang… terima kasih atas segala khidmat beliau sebagai Naib Presiden dan Perdana Menteri kesembilan,” katanya Ahmad ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, Ismail Sabri bagaimanapun akan bertanding mempertahankan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Bera yang disandangnya. – Malaysiapost

Komen