Bomba berjaya pujuk lelaki cuba bunuh diri

Bomba berjaya pujuk lelaki cuba bunuh diri

PASUKAN bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada cubaan membunuh diri dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Cheras Taman Maluri, Kuala Lumpur, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan mengenai cubaan bunuh diri itu pada jam 7.30 malam.

Menurutnya, susulan itu pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu serta bantuan daripada BBP Jalan Hang Tuah telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus panggilan diterima.

“Seramai 18 orang anggota bersama dua jentera FRT (Fire Rescue Tender), satu jentera ALP (Aerial Ladder Platform) serta sebuah van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terbabit dalam operasi tersebut.

“Menurut Komander Operasi, Japari Tajudin, setibanya jentera dilokasi kejadian didapati terdapat seorang lelaki dewasa anggaran usia 40-an cuba untuk terjun dari tingkat empat bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bagaimanapun tindakan lelaki terbabit digagalkan oleh anggota bomba dengan memujuk mangsa untuk naik di tempat yang selamat.

“Pada jam 9.08 malam mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan pada jam 9.33 malam,” katanya. – Malaysiapost

Komen